Penerangan Rumput misai adam

Batang dan daun

Rumput misai adam tumbuh tegak dengan tinggi batang antara 20–120 sentimeter (7.9–47.2 in).[2] Lai daunnya datar, memanjang dan berhujung meruncing dengan panjang daun antara 5–30 sentimeter (2.0–11.8 in) dan lebar 4–7 milimeter (0.16–0.28 in)[2]. Ia selalunya tumbuh dalam rumpun, mempunyai batang yang kecil, beruas panjang dan berwarna merah kehitaman. Pangkalnya mempunyai umbi yang berbulu dan tajam.

Perbungaannya tersusun dalam malai di hujung atau di ketiak, terlindung oleh seludang licin yang berbentuk lanset, panjang 2.5–3.5 sentimeter (0.98–1.38 in).[2] Bunganya dua jantina iaitu mempunyai struktur pembiakan jantan dan betina pada satu bunga.[3] Setiap bunga mempunyai tiga sulur bunga dan dua stigma.[3] Buah spikeletnya elips, hampir bulat torak, 8–10 milimeter (0.31–0.39 in), dan gugur bersama tangkainya.[2] Buahnya mempunyai ekor seperti helaian misai atau janggut yang kasar.